Friday 25 May 2012

FUNDING AGENCY : MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)


 
SEJARAH


Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

ORGANISASI

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.
Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,  dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C., Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South Wales.

 
OPERASI PENGURUSAN

Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara.  Pusat-pusat operasi ini merangkumi:
  • Ibu Pejabat
  • Pejabat MARA Negeri
  • Pejabat MARA Daerah
  • MRSM
  • Kolej MARA
  • GIATMARA
  • IKM
  • Institut Kemahiran Tertinggi MARA
  • Kolej Poly-Tech MARA
  • Kenderaan Bas MARA
  • Pejabat MARA Luar Negara
  • Kolej Profesional MARA 

VISI KORPORAT

  • Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa.
 
MISI KORPORAT 
  • Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera

 
OBJEKTIF 
  • Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif
  • Melahirkan modal insan global dan berintegriti
  • Menyumbang kepada pemilikan ekuiti
  • Memudahkan sistem penyampaian
  
STRATEGI 

Berteraskan Inovasi
  • Usahawan
  • Pekerja
  • Pelaburan
  • Organisasi


Di antara perkhidmatan yang disalurkan oleh MARA adalah :

PEMBANGUNAN USAHAWAN

MARA berperanan membangunkan usahawan Global yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan matlamat Program Keusahawanan MARA.

Antara program yang disediakan adalah :
1. Melaksanakan latihan keusahawanan ke arah melahirkan usahawan Global.
2. Membangunkan teknousahawan dalam bidang-bidang berteknologi tinggi melalui kerjasama rakan strategik.
3. Menyediakan kemudahan khidmat nasihat perniagaan bagi mengukuh dan meningkatkan keupayaan usahawan dan perniagaan serta memenuhi
    keperluan ‘Global Standard'.
4. Menyediakan program pemasaran bersepadu bagi menembusi pasaran Global.
5. Mewujudkan jaringan strategik bagi Pembangunan Keusahawanan Holistik .

PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

MARA memainkan peranan penting dalam perniagaan kaum Bumiputera sesuai dengan objektif agensi ini iaitu untuk membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti, menyumbang kepada pemilikan ekuiti dan, memudahkan sistem penyampaian. Dengan ini kita dapat melihat sejauh mana MARA menyokong perniagaan terutamanya bagi kaum Bumiputera.

Kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan adalah meliputi sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan konsep Islam seperti berikut : -

1. Pembuatan
Contoh :-Perusahaan perkilangan / industri berasaskan ;-
  • Fabrikasi logam;
  • Elektrik dan komponen elektronik;
  • Makanan dan minuman;
  • Plastik;
  • Tekstil pakaian dan kulit;
  • Percetakan dan penerbitan;
  • Telekomunikasi;
  • Memproses hasil pertanian;
  • Lain - lain.

2. Perdagangan
Contoh :- Melibatkan urusan jual beli barangan seperti :-
  • Pasar mini ( mini market);
  • Peruncitan;
  • Pemasaran keluaran barangan makanan dan minuman;
  • Penjualan perabot;
  • Pemasaran hasil pertanian;
  • Pengendalian stesyen minyak;
  • Lain - lain lagi.

3. Perkhidmatan
Contoh :- Melibatkan urusan jual beli dalam perkhidmatan yang diberikan seperti :-
  • Guaman;
  • Klinik;
  • Perkhidmatan menyediakan makanan (restoran / kedai makan);
  • Kedai gunting rambut (lelaki dan wanita);
  • Kedai jahitan;
  • Lain - lain lagi.

4. Pemborongan
Contoh :- Meliputi kerja - kerja kontrak pembinaan, bekalan dan perkhidmatan seperti :-
  • Membina bangunan;
  • Membuat jalan;
  • Ubahsuai bangunan;
  • Pendawaian elektrik;
  • Lain - lain lagi.


Cara untuk mendapat pembiayaan dan pinjaman dengan MARA adalah dengan menghubungi bahagian Pembagunan Usahawan MARA. Dua skim utama untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dengan MARA adalah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) dan Skim Pembiyaaan Peningkatan Perniagaan (SPPP). Pinjaman dengan MARA adalah serendah RM 5000.00 sehingga RM 250,000.00. Syarat utama untuk memohon adalah kaum Bumiputera atau berketurunan Melayu berumur 18 tahun ke atas. Pemohon mesti mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Selain itu, pemohon mesti menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Syarat yang seterusnya, pemohon hendaklah memberikan sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek. Tambahan lagi, pemohon harus mempunyai lesen atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa dan mengemukan cagaran atau jaminan yang mencukupi. Pemohon dikehendaki mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada enam bulan dan menjalani ujian Psikometri yang telah ditetapkan pihak MARA.

PROGRAM USAHAWAN TEKNIKAL (PUTEK)

Program dikhaskan untuk :

1) Lepasan pelatih-pelatih institusi teknikal MARA seperti IKM, GiatMARA, IKTM, Infotech MARA, FITEC dan lain-lain;
2) Lepasan pelatih-pelatih institusi teknikal awam dan swasta seperti IKBN, ILP, ILSAS dan lain-lain;
3) Siswazah dalam bidang teknikal.

Bidang Perniagaan

Keutamaan diberikan kepada perniagaan yang berasaskan bidang-bidang teknikal seperti berikut :
  • Elektrik / Elektronik
  • Automotif
  • Jahitan Pakaian
  • Kimpalan & Fabrikasi Logam
  • Motosikal
  • Mekanikal
  • Teknologi Aluminium
  • Kek & Pastri
  • Komputer & Teknologi Komunikasi
Lain-lain bidang mengikut penilaian keperluan dari semasa ke semasa

Pakej Kemudahan

Setiap usahawan yang menyertai program ini akan diberi bantuan secara pakej iaitu meliputi kemudahan seperti berikut :
  • Kemudahan latihan seperti kursus- kursus pembentukan usahawan, pengurusan perniagaan, peningkatan kemahiran dan asas teknikal yang sesuai dengan bidang perniagaan masing-masing;
  • Kemudahan sewaan peralatan dan mesin di bawah Skim Sewaan Peralatan dan Mesin PUTEK;
  • Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Usahawan Teknikal di bawah Program Pembiayaan Perniagaan MARA (tertakluk kepada kelayakan dan syarat - syarat pembiayaan);
  • Perundingan dan Bimbingan Projek melalui Skim Pakarunding Usahawan MARA dan oleh pegawai - pegawai pembimbing MARA;
  • Pemantauan dan Susulan bagi menilai kemajuan dan perkembangan usahawan dari semasa ke semasa.

Skim Sewaan Peralatan & Mesin (PUTEK)
Kemudahan ini adalah merupakan salah satu dari komponen yang ditawarkan dalam pakej program PUTEK bagi membantu peserta membuat persediaan untuk memulakan perniagaan. Bantuan ini akan dilaksanakan dalam fasa ke - 2 iaitu sebaik sahaja peserta berjaya menamatkan sepenuhnya program latihan masing - masing.Bantuan diberikan kepada yang memerlukannya dengan cara menyewakan peralatan dan mesin tersebut kepada peserta - peserta untuk satu tempoh masa yang ditetapkan, dan selepas itu peserta-peserta mesti mengambilalih peralatan / mesin tersebut.

Syarat-syarat Penyertaan
- Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :
  • Telah berjaya mengikuti sepenuhnya Program Latihan Pembentukan Usahawan Teknikal (PUTEK) dalam Fasa I;
  • Mempunyai tapak / premis / bengkel perniagaan sesuai mengikut penilaian pihak MARA;
  • Mempunyai syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) samada perseorangan, perkongsian atau sendirian berhad;
  • Jenis peralatan / mesin yang dipertimbangkan adalah mengikut standard peralatan / mesin yang ditetapkan dan dinilai oleh MARA;
  • Pemohon hendaklah bukan seorang yang muflis dan hendaklah bebas dari sekatan undang - undang jenayah dan sivil yang boleh menyebabkan mereka diambil tindakan mahkamah;
  • Mengemukakan seorang keluarga terdekat seperti ibu / bapa, adik beradik atau ibu saudara / bapa saudara sebagai rujukan untuk mengesahkan kedudukan latarbelakang pemohon;
  • Usahawan mestilah mempunyai projek yang berdaya maju mengikut penilaian MARA;
  • Tertakluk kepada had penyewaan & keperluan peralatan/mesin yang ditetapkan oleh MARA  
  •  
  • Syarat & Peraturan Penyewaan 
  •  Had Penyewaan : Minima RM3,000.00 | Maksima RM500,000.00
  • Tempoh Sewaan : 2-5 tahun
  • Kadar Sewaan Sebulan : 1% daripada nilai belian peralatan/mesin
  • Masa Bernafas : 2 bulan daripada tarikh semua peralatan dan mesin yang dipesan,dibekalkan,dipasang dan boleh digunapakai
  • Deposit Sewaan : 2 bulan atas kadar sewaan bulanan yang dikenakan
  • Kos Senggaraan : Atas tanggungan penyewa disepanjang tempoh penyewaan
  • Surat Tawaran Penyewa : Dikeluarkan oleh MARA dan perlu dipersetujui oleh usahawan sebelum menandatangani perjanjian penyewaan
  • Perjanjian Penyewaan : Perlu menandatangani surat perjanjian penyewaan dengan pihak MARA
  • Pengambilalih Oleh Penyewa : Penyewa MESTI mengambilalih peralatan / mesin yang disewa sekurang-kurangnya selepas 2 tahun penyewaan dengan satu harga yang akan ditetapkan dan dinilai oleh pihak MARA.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang disediakan dan boleh diperolehi daripada Pejabat-pejabat MARA Daerah dan Pejabat - Pejabat PUSMA di pejabat MARA Negeri yang berhampiran.

KEMUDAHAN PENGELUARAN DAN PERINTISAN

Program Kemudahan Pengeluaran dan Perintisan (KPP) Bahagian Pembangunan Usahawan MARA merupakan satu rangkaian kemudahan yang disediakan dalam membantu dan membangunkan usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana melalui kaedah pembentukan etika keusahawanan, perintisan perniagaan, kemudahan pengeluaran, galakan pengeluaran, pemindahan teknologi dan rawatan perniagaan dan pengkomersilan.

Kemudahan Pengeluaran merupakan salah satu skop di bawah Program KPP selain daripada Perintisan Perniagaan dan Pengkomersilan. Kemudahan ini merupakan satu pakej bantuan kepada usahawan sebagai insentif untuk menjalankan perusahaan dalam pengeluaran sesuatu produk samada atas usaha sendiri atau membangunkan produk yang dihasil oleh pusat R & D kerajaan atau swasta yang mempunyai nilai komersil.

Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasar adalah usahawan sedia ada dan usahawan baru yang memerlukan bantuan untuk menjalankan atau meningkatkan perniagaannya. Keutamaan diberikan kepada usahawan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang akan atau sedang diceburi.

Jenis Kemudahan
Jenis kemudahan yang disediakan di bawah Program ini adalah :

1) Bantuan Bagi Pembangunan dan Peningkatan Produk
Bantuan bagi pembangunan dan peningkatan produk yang berkualiti dan mempunyai nilai komersil yang dihasilkan oleh pusat R&D atau usahawan sendiri. Ciri produk yang ingin dibangunkan ialah:
  • Produk baru yang diperkenalkan oleh usahawan atau peningkatan kualiti produk sedia ada.
  • Produk yang dihasilkan dari Pusat R & D.
  • Produk mempunyai nilai komersil.
  • Produk yang tidak menyalahi undang-undang dan tatasusila masyarakat dan selamat digunakan.
  • Pengusaha perlu mendapatkan sendiri pengesahan kualiti dan keselamatan produk dari badan-badan yang ditauliahkan oleh kerajaan.

MARA akan membiayai sehingga 90% dari kos dan had maksima ialah RM 50,000 merangkumi item berikut:
  • Yuran konsultan (MARA akan menguruskan perlantikan perunding)
  • Bahan mentah
  • Kos ujian makmal (piawaian)
  • Pembungkusan (packaging)
  • Pembangunan jenama (Brand Development)

    i) Bumiputera
   ii) Berminat dan ingin melibat diri dalam perniagaan sepenuh masa
   iii) Berumur 20 - 35 tahun

2) Bantuan Bagi Peningkatan Kelengkapan / Mesin dan Sistem
Bantuan bagi peningkatan kelengkapan / mesin dan sistem bagi maksud pengeluaran produk yang berkualiti. MARA membiayai pembelian kelengkapan sehingga 90% dari kos satu alatan / projek dan had maksima ialah RM 500,000 dalam bentuk sewa beli.

INKUBATOR TEKNOLOGI PERKILANGAN BUMIPUTERA (INTEP)

Objektif utama program ini adalah untuk membantu usahawan atau syarikat memulakan aktiviti perkilangan dengan menyediakan kemudahan pinjaman bagi pembelian mesin dan peralatan, modal kerja, kemudahan ruang kilang serta lain-lain khidmat sokongan.
Melalui program ini, MARA berhasrat untuk melahirkan 'top entreprenuer' yang maju dan berdaya saing dan seterusnya mampu disenaraikan di Bursa Malaysia.
Konsep Kemudahan

Kemudahan adalah berbentuk pinjaman dan terbahagi kepada 2 konsep iaitu:

Konsep Pelaksanaan 1
Projek ini dikenalpasti dan dimiliki oleh MARA pada peringkat awal.
MARA juga mengenalpasti usahawan yang akan menjalankan operasi syarikat / projek tersebut. Usahawan tersebut boleh mengambilalih projek / syarikat tersebut melalui bayaran bulanan (6 -60 bulan ) sehingga langsai bayaran kepada MARA.

Konsep Pelaksanaan 2
Projek ini dikenalpasti, dimiliki dan dijalankan oleh usahawan. MARA berperanan sebagai pemberi pinjam kemudahan kewangan kepada usahawan tersebut. Usahawan tersebut perlu membayar kemudahan pinjaman yang diberikan melalui bayaran bulanan (6 - 120 bulan) sehingga selesai bayaran.
Jenis Industri Perkilangan / Pembuatan
Berikut adalah jenis -jenis industri yang diberi keutamaan :
  • Industri Automotif : (Automotif Component And Accessories)
  • Industri Binaan : (Steel Fabrication for Steel Structure Building, Mechanical & Product for Building Construction)
  • Industri Automotif : (Automotif Component And Accessories)
  • Industri Mekatronik  : (Design & Manufacturer Of Robotic & Automation System For Food &  Packaging Machineries)
  • Industri Plastik / Fiber : (High quality Consumer Products)
  • Industri Berasaskan Logam  : (Fabrication, injection Moulding)
  • Industri Biokimia / Bioteknologi
  • Industri Apparel

Pakej Pembiayaan
Pakej pembiayaan INTEP adalah dari RM500,000.00 hingga RM5,000,000.00 yang mana pakej meliputi perkara - perkara berikut:

1) Latihan Keusahawanan & Pendedahan Perniagaan
2) Kemudahan Pusat Pengeluaran Produk / Ruang Kilang

Pembiayaan disediakan untuk tujuan:
  • Sewa kilang bukan milik MARA
  • Sewa kilang milik MARA (Seperti Kawasan Industri MARA)
  • Pembinaan kilang baru di tanah milik MARA ( Pakej 1 sahaja)

3) Peralatan & Mesin Asas
  • Pembiayaan disediakan untuk peralatan dan mesin bagi proses pengeluaran.

4) Pembiayaan Pengurusan & Bantuan Perkhidmatan Sokongan

Pembiayaan disediakan untuk tujuan:
  • Ubahsuai kilang
  • Peralatan dan bekalan pejabat

5) Bantuan Khidmat Pakarunding
6) Pemasaran & Promosi Produk
7) Bantuan Pembangunan Produk

Kumpulan Sasaran
Usahawan Bumiputera yang terlibat di dalam aktiviti / industri perkilangan dan pembuatan yang mempunyai produk sedia ada dan berpotensi untuk dipasarkan / dikomersilkan.
Bayaran Balik Kemudahan Pembiayaan
Usahawan perlu membayar balik 100% pinjaman / kos projek dalam tempoh 60 hingga 120 bulan secara bulanan mengikut jumlah yang telah ditentukan oleh MARA. Bagi bayaran pinjaman tersebut, syarikat / usahawan akan dikenakan yuran pengurusan sebanyak 1% daripada jumlah pinjaman.
Syarat-syarat Penyertaan
Pemohon mestilah mencukupi syarat - syarat berikut :
  • Syarikat mestilah dalam bidang industri perkilangan dan pembuatan;
  • Mampu menyediakan 5% atau RM20,000 modal awalan bagi membiayai kos projek mengikut mana yang terendah;
  • Mestilah syarikat berstatus Sendirian Berhad dengan modal berbayar sekurang-kurangnya RM100,000.00;
  • Syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang baik dalam tempoh 3 tahun;
  • Syarikat mempunyai rekod operasi tidak kurang daripada 3 tahun;
  • Syarikat mampu menyediakan sekurang-kurangnya 2 penjamin yang berpendapatan tetap atau cagaran tanah yang masing-masing menerimapakai syarat-syarat jaminan atau cagaran pinjaman MARA;
  • Umur usahawan adalah 21 hingga 60 tahun;
 
PELABURAN
MARA berperanan mewujudkan peluang pelaburan kepada usahawan kecil di dalam membantu membangunkan perniagaan. Program pelaburan MARA terdiri daripada 3 program utama iaiyu :

Bahagian industri Pengangkutan

1)     BAHAGIAN KENDERAAN
Pengenalan
Bahagian Kenderaan (BKN) telah ditubuhkan pada tahun 1960 di bawah Lembaga Kemajuan Kampung dan Industri yang dikenali sebagai RIDA (Rural Industry Development Authorithy). Tujuan penubuhan BKN adalah untuk memberi perkhidmatan pengangkutan kepada penduduk-penduduk di luar bandar terutamanya bagi peneroka – peneroka FELDA dan seterusnya membantu bumiputera melibatkan diri dalam industri pengangkutan. Pada ketika itu Bahagian Kenderaan dikenali sebagai Bahagian Kenderaan RIDA dan perkhidmatan pengangkutan yang dijalankan oleh bahagian ini dikenali sebagai Bas RIDA.
Apabila RIDA dibubarkan dan diganti dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan rasminya pada 1 Mac 1966, maka Bahagian Kenderaan telah diletakkan di bawah pentadbiran MARA yang dikenali sebagai Bahagian Kenderaan MARA. Sejajar dengan itu juga, Bas RIDA telah di tukar namanya menjadi Bas MARA yang kemudiannya diberi nama Kenderaan Bas MARA.
  2 ) BAHAGIAN KAWALAN KREDIT
 
Pengenalan
  • Bahagian Kawalan Kredit (BKK)  telah diwujudkan pada tahun 1989 dengan tujuan utama melaksanakan kutipan bayaran balik semua pinjaman dan sewaan premis kepunyaan agensi.
  • Sebelum BKK diwujudkan, aktiviti kutipan bayaran balik semua jenis pinjaman dan sewaan dikendalikan masing-masing oleh Bahagian yang mengeluarkan kemudahan tersebut.
3)  BAHAGIAN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN SUBSIDIARI

Visi
Memaksimumkan pulangan melalui aktiviti pelaburan untuk menjana pendapatan kepada MARA.
Misi
Mengurus, membangun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berimpak tinggi.
Objektif
•Penglibatan dalam bidang perniagaan berimpak tinggi.
•Pembangunan hartanah MARA, pengkomersialan program-program MARA untuk menjana pendapatan.
•Peningkatan prestasi syarikat-syarikat MARA ke arah memaksimumkan keuntungan.

PEMBANGUNAN HARTANAH

1.Membangunkan aset-aset MARA yang mempunyai nilai-nilai pelaburan bagi menjanakan pendapatan.
2.Mengenalpasti tanah-tanah MARA untuk tujuan komersial (Unlock Asset).
3.Mengenalpasti bangunan-bangunan milik MARA termasuk premispremis perniagaan MARA, IPMa yang mempunyai ruang untuk di sewa / di pajak supaya dapat menjana pendapatan kepada MARA melalui program-program promosi, penyewaaan dan aktiviti-aktiviti lain.
4.Mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk memberi sewa / pajak tanahtanah dan kemudahan MARA kepada pihak luar .
5.Mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pembangunan semula bangunan-bangunan MARA dan membangunkan tanah-tanah MARA samada melalui anak syarikat atau dengan kerjasama pihak swasta.
6.Mengkaji dan mencadangkan peraturan-peraturan yang bersesuaian dalam pembangunan hartanah MARA untuk diguna pakai oleh pusatpusat MARA.
7.Mengkaji dan menilai cadangan-cadangan pembangunan hartanah MARA yang dikemukakan oleh pusat-pusat MARA dan / atau pihak swasta sebelum diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan pihak Pengurusan.
8.Memantau dan melaporkan kepada Pengurusan prestasi projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dari peringkat perancangan sehingga ke penjanaan pendapatan

PENGURUSAN SUBSIDIARI

1.Mengawal, memantau, dan melapor prestasi syarikat yang MARA mempunyai kepentingan dan meningkatkan perlaksanaan ‘corporate governance' dalam semua syarikat MARA, di samping memantau pelaksanaan dan pematuhan kepada akta, pekeliling-pekeliling dan arahan kerajaan dan MARA.
2.Memastikan Penyata Kewangan (Beraudit) Syarikat Subsidiari MARA bagi tujuan Penyatuan Akaun MARA dikemukakan mengikut tarikh yang ditetapkan.
3.Penyedian Jadual Akhir Tahun bagi tujuan penyatuan dengan Penyata Kewangan MARA.
4.Menguruskan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif dan mengemaskini maklumat Ahli Lembaga Pengarah ke buku Profail Syarikat.
5.Mengawalselia urusan yang melibatkan hal-hal kesetiausahaan anak-anak syarikat.
6.Mengawalselia hal ehwal syarikat berikut:-
• Penubuhan syarikat
• Penutupan syarikat (berhenti operasi)
• Penggulungan/Pembubaran syarikat
7.Memantau dan membuat susulan baki pinjaman serta hal-hal yang berkaitan kes undang-undang ke atas syarikat subsidiari MARA.
8.Mencadangkan pembelian, penambahan, pengurangan atau pelupusan pelaburan MARA.


PENDIDIKAN
MARA bukan sahaja menawarkan biasiswa bagi yang layak tetapi turut menubuhkan beberapa institut pendidikannya sendiri. Seperti:

  • Maktab Rendah Sains MARA , diwujudkan bagi pelajar bumiputera yang berumur 13-17 tahun yang mempunyai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang
  • Kolej MARA , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat pra-universiti seperti IB, A-level, program matrikulasi KPM dan asasi Universiti.
  • Kolej Profesional MARA (KPM) , diwujudkan bagi pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran dalam diploma dan high national diploma(HND).
  • GiatMARA
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German-Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur(UniKL) , sebuah institut pengajian tinggi swasta.
  • Universiti Teknologi MARA(UiTM), atau dahulunya Institut Teknologi MARA(ITM) -sudah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan dan kemudian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia